Resepi Spaghetti Bolognese



Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang lobak merah - didadu kecil
  • 2 batang saderi - didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang - dihiris (jika suka)
  • 1 kiub stok daging lembu (jika suka)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar mentega
  • Parutan keju parmesan - untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota 'jika suka' tidak ada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml wain. Saya selalu gantikan dengan jus prun kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada, tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila mentega cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Perlu diingat, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos tersebut.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma reneh 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasa 'authentic' Itali!

Tanda Tanda Kemunculan Imam Mahdi 2020


[TANDA-TANDA KEMUNCULAN AL-MAHDI]

📖Lepas tamat fasa ke 3 pemerintahan umat islam (Mulkan Adhudhan ) pemerintahan secara menggigit , warisan, atau  Monarki hampir 95  Tahun kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah 1922  Jika kalendar Hijrah hampir 98 Tahun Hijrah.

📖Maka  umat islam telah bermula memasuki pada fasa ke 4 iaitu Mulkan Jabbriyyan pemerintahan secara Zalim dan tidak adil. Pemerintahan ini boleh dikatakan bermula pada tahun 1922 sehingga kini dan mengikuti pendapat para ulamak ahul sunaah wal jamaah  antaranya tanda - tanda kiamat kecil paling banyak keluar adalah pada fasa ke 4 ini.

📖Dalam Hadith yang lain juga antara berlaku peperangan di Jazirah Arab utama di Hijaz  ( arab saudi ) berdasarkan kepada Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah Rahmatullah.

📖Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Yusuf daripada Abdurazaq daripada Sufyan at- Tsauri daripada khalid bin Al- Khadza daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar Rahabi daripada Sayyidina Ats-Tsauban r.a berkata ,

,📖" Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda, maksudnya ,

➡️" Akan berebutan 3 orang  khalifah kesemuanya anak- anak seorang Khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang di perebutkannya itu.

➡️Kemudian muncullah bendera - bendera hitam dari arah Timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara belum pernah dilakukan suatu kaum. '

📖Kemudian Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda, " Apabila kamu melihatnya, maka berbaiatlah berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang kau tempuh harus dengan cara merangkak diatas Salji. Kerana dia adalah Khalifaatullah  ( Al - Mahdi ) yang mendapatkan petunjuk " ( Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah No 4084) .

📖Hadith ini menunjukkan bahawa Khalifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam mungkin kepada Dinasti al- Saud Dar'iyyah kerana mereka telah berjaya kuasa telah kejatuhan empayar Islam bani Uthmaniyyah di Hijaz selepas kemunduran tentera bani Uthmaniyyah di Hijaz lepas Syarif Hussein bin Ali pemegang amanah kota mekah dan madinah Al-Munawarah bersekutu dengan tentera British menghalau tentera bani Uthmaniyyah sebelum Sultan Abdul Aziz Ibn Al Saud di angkat sebagai raja Hijaz yang baru selepas Syarif Hussein bin Ali menjadi raja buat sementara waktu sahaja.

➡️➡️Apa hujahnya :-

🗒️Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud  memiliki sebuah keluarga yang amat besar mempunyai anak- anak yang ramai dan mempunyai isteri - isteri yang ramai .

🗒️Antaranya yang pernah menjadi Raja Saudi hasil keturunannya iaitu :-
1. Raja Saud
2. Raja Fasial
3. Raja khalid
4. Raja Fahd
5. Raja Abdullah
6. Raja Salman

--------------------------------------------------------------------
➡️Antara anak - anak yang lain :

Putera Muhammad
Putera Nasser
Putera Saad
Putera Mansour
Putera Turki
Putera Talal
Putera Nawwaf
Putera Muhammad Nayef
Putera Mutaib
Putera Muqrin dan ramai lagi .

📖Kita hari ini sedang melihat dimana zaman pemerintahan raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud  sedang alami masalah dalaman dan perubahan Politik dan ekonomi,  sosial sebagainya. Selepas raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud  melantik anak Baginda sebagai Mahkota Mohamed bin Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al Saud membuat saudara mara keturunan Saud menggigit jari dan perasaan tidak puas hati telah berlaku.

📖Inilah yang berlaku sekarang di tambahan dengan ancaman golongan Syiah wallahu A'lam.

📖Dalam Hadith Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda "Umat aku setiap 100 tahun Allah Taa'la akan pembaharu dalam urusan agama  ( Mujaddid ) ."

Dalam Ahul sunaah wal jamaah para ulamak Sepakat mentakwil Hadith ini mengatakan bahawa Imam Al - Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah cucu cicit Baginda Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam termasuk dalam kategori  ( Mujaddid ) dan Imam al - Mahdi akan meninggikan agama ini melalui penguasaannya sebagaimana dijelaskan dalam Hadith.

📖 Ibnu Khaldun mengatakan :" Ketahuilah Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyatakan pada akhir zaman seorang lelaki dari pada ahil - Bait yang akan menguatkan agama dan menegakkan keadilan.

📖Hadith yang lain diriwayatkan oleh imam Abu Dawud Hadith daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a berkatanya Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda :

➡️" Tidak terjadi hari kiamat sehingga keruntuhan Masjidil Al-Aqsa,  Kehancuran kota Yathrib  ( Madinah ) , peperangan besar  ( Malhamah al- Kubra ') , pembukaan Kota Constantinople dan zahirnya Dajjal ".

( Hadith direkodkan oleh imam Abu Dawud ).

Hadith - Hadith tentang imam al- Mahdi adalah bertaraf Hadith Mutawatir kerana ia diriwayatkan oleh para sahabat seramai 33 orang para Sahabat .

📖Dalam sebuah Hadith daripada Dzar bin Abdullah daripada Nabi Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda bermaksud :

📖" Sekiranya dunia tinggal sehari sahaja  ( sebelum kiamat) , nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya sesorang lelaki daripada keturunanku atau daripada kaum keluargaku,  yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku .Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman  ( sebelum itu )."

Hadith diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dan At-Tirmidzi ).

🗒️Kredit : Muhammad Azzuddin Othman

#AkhirZaman
#WeNeedKhilafah

Siapa Tengku Dato' Sri Zafrul? Ini Biodata Menteri Kewangan Malaysia








Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai penuh Jemaah Menteri baharu yang secara keseluruhan dilihat memberi kenyakinan kepada rakyat untuk diberi tanggungjawab untuk mentadbir negara.

Memang banyak kejutan yang kita dapat lihat dan apa yang menarik perhatian ramai adalah pelantikan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang diberi kepercayaan untuk mentadbir Kementerian Kewangan

Untuk pengetahuan korang, Tengku Zafrul merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad dan beliau mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam sektor kewangan.

Kelulusan

Merupakan lepasan University of Bristol, United Kingdom dengan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dan turut memiliki Sarjana Seni (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom.

Jawatan

Telah berkhidmat di Maybank Investment Bank Berhad dan Mayabank Kim Eng Holdings sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pernah memegang jawatan kanan di Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings Berhad dan Avenue Securities.

Kenapa tak boleh tunggu lagi tiga tahun? - Mat Sabu



Mohamad Sabu luahkan rasa hairan apabila Perikatan Nasional tidak sanggup menunggu tiga tahun lagi untuk menang dalam pilihanraya. -fotoBERNAMA
KLANG: Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu meluahkan rasa hairan apabila Perikatan Nasional (PN) tidak sanggup menunggu tiga tahun lagi untuk menang dalam pilihan raya.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata berdasarkan pencapaian Barisan Nasional yang telah memenangi beberapa pilihan raya kecil (PRK) sejak kebelakangan ini, mereka sepatutnya tidak gusar dan memilih menggunakan pintu belakang untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan

SENARAI NAMA TAUKEY YANG JUAL TABUNG HAJI



INIlah dia senarai nama yang menjual tanah ladang tabung haji masa pemerintahan Pakatan Harapan dahulu

Mohamad Hasan boleh ganti Zahid Hamidi sebagai TPM


SHAH ALAM - Berikutan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak sebarang jawatan dalam Kabinet, penganalisis berpendapat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengangkat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Penganalisis politik dari Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, personaliti dan pengalaman Mohamad yang begitu sinonim dengan gelaran Tok Mat sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum memberikan kelebihan untuk menyertai Kabinet.
Menurutnya, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu juga diterima baik dan dihormati sama ada dari dalam parti mahupun pihak lawan memberikan pemimpin itu satu lagi faktor 'wow'.
"Beliau mempunyai ciri-ciri yang disebut Muhyiddin dalam ucapan sulungnya sebagai seorang yang bersih dan berintegriti.
"Jika Tok Mat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, akan mengurangkan tekanan kepada Perdana Menteri dan dalam masa sama dapat meningkatkan sokongan masyarakat kepada kerajaan kerana untuk mendapatkan sokongan rakyat.
"Saya yakin pelantikan itu nanti tidak akan dipertikaikan walaupun Tok Mat perlu dilantik sebagai senator terlebih dulu,"katanya kepada Sinar Harian.
Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi juga senada dan mengakui sekiranya Tok Mat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang mampu meredakan suasana perebutan jawatan tersebut.
"Tok Mat dianggap sebagai orang yang mampu mengurangkan suasana isu perebutan kuasa jawatan TPM.
"Ini memberi peluang kepada kepimpinan pelapis dalam UMNO memainkan peranan aktif dalam Perikatan Nasional<" katanya
Awang Azman berkata, sekiranya Mohamad menolak, calon terbaik adalah Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.
"Namun persoalannya, adakah Muhyidin mahu melantik Ku Li? Jadi, saya fikir laluan perlu diberikan kepada Tok Mat," katanya.

Tun M berbasikal di putrajaya



Tun M update status di fan pages nya berbasikal di putrajaya

Baju Raya versi 2020


Adakah ini baju raya versi 2020 sama2 kita nantikan. Kalau macam ni habislah budaya melayu dah macam gay

Ikan singgang mampu jadi penawar Covid-19?



Ikan singgang mempunyai khasiatnya yag tersendiri.

Ia dikatakan mampu melawan penyakit bawaan virus dan mungkin penawar kepada wabak Covid-19.

Unsur semulajadi semasa penyediaan ikan singgang boleh mempercepatkan proses pemulihan organ dalaman.

Dapatan awal oleh pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Azizah Mahmood menunjukkan ramuan dalam masakan ikan singgang menghasilkan komponen yang berfungsi menentang mikroorganisma tertentu dalam badan manusia.

Haram hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput



"JOM kita pergi kenduri kahwin Humairah. Aku tak ada kawanlah nak datang. Kau temankan aku ye."
Demikian kata Faizah Halim (bukan nama sebenar) kepada rakannya, Mariam Arif (bukan nama sebenar).
Pun demikian, Mariam sebenarnya rasa serba salah untuk mengikuti Faizah kerana dia tidak dijemput menghadiri walimah tersebut.
Humairah hanya menjemput Faizah untuk memeriahkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihannya.
"Takkan aku nak pergi juga walimah tu dan makan. Malulah, sudahlah tuan rumah tak jemput, aku pula datang makan," Mariam bermonolog dalam hati, pada masa sama menyusun ayat terbaik untuk menolak ajakan Faizah tadi.
Barangkali anda pernah menghadapi situasi itu, bukan? Apakah tindakan yang patut dilakukan jika kita berdepan dengan situasi berkenaan?
Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?
Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.

Hapus riba bayaran balik PTPTN - PAS



PAS berharap unsur riba dalam pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dapat dihapuskan.
Pandangan itu disuarakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang mahukan peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja.
“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay.
“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kota Bharu, hari ini.
Ditanya adakah PAS sendiri akan mengambil langkah memansuhkan PTPTN memandangkan ia satu daripada manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Ahmad berkata, itu manifesto PAS, bukannya Perikatan Nasional.
“Sekarang ini, kita Perikatan Nasional yang mempunyai banyak parti,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, manifesto PAS hanya terpakai sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan sendiri.
“Ini bukan kerajaan PAS... PAS hanya sebahagian kecil, jadi macam mana kita mahu melaksanakannya.

Agong, Raja Permaisuri yang disayangi rakyat



KEMELUT politik yang melanda negara sepanjang minggu lalu ternyata menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan sifat prihatin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seri Paduka bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara malah mengambil perhatian serius dalam soal kebajikan rakyat jelata.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang sinonim dengan sifat sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat dilihat membawa naratif baharu dalam istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’.
Di media sosial, kerap kali tular foto dan video Al-Sultan Abdullah mencemar duli membantu mangsa kemalangan jalan raya dan menziarahi rakyat, serta prihatin setiap kali musibah melanda.
Bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara, Seri Paduka sanggup meluangkan masa selama dua hari untuk menemu bual semua 222 ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan mereka dan menentukan pendirian politik bagi membentuk kerajaan baharu sebelum membuat sebarang keputusan.
Sepanjang tempoh itu juga, Seri Paduka turut prihatin dengan petugas media yang membuat liputan di Istana negara dengan menjamu mereka dengan makanan segera KFC dan McDonald's serta nasi berlauk ikan patin masak tempoyak yang dibawa khas dari Temerloh untuk jamuan tengah hari.
Lebih istimewa petugas media turut berpeluang merasai biskut hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Keprihatian Seri Paduka menyebabkan banyak syarikat korporat turut memberikan sumbangan kepada media. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Laksana kata pendeta, emas di dalam gelap tetap memancar sinarnya, begitulah keperibadian terpancar daripada budi pekerti Seri Paduka berdua.

Giliran penyokong United ketawakan Liverpool



LONDON: Selepas penyokong Arsenal, kini giliran penyokong Manchester United pula mentertawakan kekalahan Liverpool.
Penyokong The Gunners jelas begitu gembira selepas Watford mengejutkan Liverpool hujung minggu lalu sekali gus memastikan hanya pasukan London Utara itu kekal sebagai pasukan yang mengharungi semusim tanpa tewas yang dilakar pada 2003-04.
Di sebalik keputusan terbabit, anak buah Jurgen Klopp itu masih berpeluang mengulangi kejayaan United merangkul ‘treble’ 1999 apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu masih bertanding dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA.
Namun, impian mereka lebur pagi tadi apabila tewas pada pusingan kelima Piala FA kepada Chelsea.
Gol daripada Willian dan Ross Barkley bukan setakat menamatkan impian mereka untuk ke Wembley, namun menyaksikan mereka kini tewas tiga daripada empat perlawanan dan tewas tiga kali berturut turut di tempat lawan.
Penyokong United menyambut ‘khabar gembira’ ini dan berkata ‘jangan bandingkan pasukan Liverpool ini dengan pasukan United yang memenangi treble 1999. Mereka jauh lebih baik.’
Seorang lagi berkata ‘Liverpool hilang peluang melakar ‘Invincibles’ dan treble hanya dalam tempoh empat hari. Inilah keindahan dalam bola sepak.’
Malah ada juga yang berkata ‘ Liverpool tidak boleh menjadi pasukan tanpa kalah, tidak boleh menang treble dan mungkin tersingkir daripada Liga Juara Juara. Mereka hanya seperti Leicester City 15/16’. - Agensi

Nur Firdaus terbaik di Kelantan, pecah rekod sekolah



Nur Firdaus berkata, dia berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dan bercita-cita mahu menjadi doktor pakar jantung.
Sementara itu, Sarimah ketika ditemui di rumahnya berkata, dia terkejut apabila mengetahui anaknya muncul pelajar terbaik di Kelantan.
Katanya, Mohamad Nur Firdaus atau lebih mesra dikenali sebagai ‘adik’ adalah anak yang pendiam dan tidak pernah berenggang dengan buku.
“Saya sangat bangga dengan Adik dan menganggap kejayaan ini sebagai penawar yang mengubat hati saya selepas kematian ayahnya,” katanya.
Sarimah berkata, dia menghidap penyakit misteri selepas kematian suami, dan tidak mampu berdiri lama, pitam secara tiba-tiba dan mengalami sakit kepala yang kronik.
Katanya, mereka bertiga termasuk Mohamad Nur Firdaus dan kakaknya, Siti Nor Umirah, 21 bergantung sepenuhnya pada wang pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah suami yang bekerja di kilang swasta.
Sementara itu, Mohd Razak berkata, Mohamad Nur Firdaus memang tersenarai dalam pelajar sasaran kerana setiap kali peperiksaan mendapat markah penuh.
Katanya, selain Mohamad Nur Firdaus, sekolah turut meraikan empat pelajar yang memperoleh 10A dan tiga yang mendapat 9A.
“Kejayaan ini hasil komitmen semua pihak termasuk guru, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
“Ia termasuk mengadakan kelas tambahan tujuh hari seminggu, solat hajat dan bacaan Yassin setiap hari Khamis sepanjang tahun dan program Cakna Akademik serta program Doktor Muda,” katanya.

Harga petrol, diesel turun 17 hingga 21 sen


PETALING JAYA: Putrajaya hari ini mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 19 sen, RON97 murah 21 sen dan diesel dikurangkan 17 sen mulai esok hingga 13 Mac ini.
Harga RON95 dikurangkan daripada RM2.08 kepada RM1.89, RON97 daripada RM2.40 kepada RM2.19 dan diesel daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter.
Ia antara penurunan paling banyak sejak Kementerian Kewangan mengumumkan penetapan harga siling RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 serta RM2.18 seliter pada 27 Feb 2019 dan pertukaran kerajaan pada minggu lalu.