Nur Firdaus terbaik di Kelantan, pecah rekod sekolah

Posted by Blur Media



Nur Firdaus berkata, dia berhasrat menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dan bercita-cita mahu menjadi doktor pakar jantung.
Sementara itu, Sarimah ketika ditemui di rumahnya berkata, dia terkejut apabila mengetahui anaknya muncul pelajar terbaik di Kelantan.
Katanya, Mohamad Nur Firdaus atau lebih mesra dikenali sebagai ‘adik’ adalah anak yang pendiam dan tidak pernah berenggang dengan buku.
“Saya sangat bangga dengan Adik dan menganggap kejayaan ini sebagai penawar yang mengubat hati saya selepas kematian ayahnya,” katanya.
Sarimah berkata, dia menghidap penyakit misteri selepas kematian suami, dan tidak mampu berdiri lama, pitam secara tiba-tiba dan mengalami sakit kepala yang kronik.
Katanya, mereka bertiga termasuk Mohamad Nur Firdaus dan kakaknya, Siti Nor Umirah, 21 bergantung sepenuhnya pada wang pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah suami yang bekerja di kilang swasta.
Sementara itu, Mohd Razak berkata, Mohamad Nur Firdaus memang tersenarai dalam pelajar sasaran kerana setiap kali peperiksaan mendapat markah penuh.
Katanya, selain Mohamad Nur Firdaus, sekolah turut meraikan empat pelajar yang memperoleh 10A dan tiga yang mendapat 9A.
“Kejayaan ini hasil komitmen semua pihak termasuk guru, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
“Ia termasuk mengadakan kelas tambahan tujuh hari seminggu, solat hajat dan bacaan Yassin setiap hari Khamis sepanjang tahun dan program Cakna Akademik serta program Doktor Muda,” katanya.

Related Post



Post a Comment